Perpisahan Shawn Mendes dan Camila Cabello Tidak Dijangka
“Kami membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan romantis ini. Bagaimanapun cinta kami terhadap satu sama lain sebagai manusia lebih mendalam berbanding sebelumnya. Kami memulakan perhubungan ini sebagai rakan baik dan akan terus menjadi rakan baik. Kami juga menghargai sokongan anda semua dari awal dan di masa akan datang.”
Perpisahan Shawn Mendes dan Camila Cabello pada November 2021 mengejutkan banyak pihak. Pasangan itu baru sahaja dirakam begitu mesra dan bahagia pada sambutan Halloween beberapa minggu sebelumnya. Walaupun bekas kekasih tidak banyak bercerita mengenai percintaan mereka, Camila Cabello mendedahkan pada Mac lalu bahawa keutamaan hidupnya berubah-ubah.
“Kami berdua menjalin hubungan pada usia yang begitu muda. Saat itu kami sedang belajar bagaimana untuk hidup sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab. Keutamaan saya bertukar-tukar, dan fokus saya juga berubah sepanjang hidup.”
Selepas membawa haluan masing-masing, Shawn Mendes dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk pakar kiropraktik selebriti berusia 51 tahun, Dr Jocelyne Miranda. Terbaharu adalah aktres dan penyanyi Kanada, Sabrina Carpenter. Camila Cabello pula bercinta dengan Austin Kevitch, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Lox Club. Mereka dirakam buat kali pertama pada Jun 2022 namun berpisah lapan bulan kemudian.
Baca: ‘Like’ Foto Seksi Camila Cabello, Shawn Mendes Akui Kesunyian