Satu khabar angin bertebaran di media sosial yang mengatakan ikon K-Pop, V BTS dan Jennie Blackpink menikmati percutian romantis bersama di Pulau Jeju.
Ini sekali gus mencetus spekulasi di kalangan peminat bahawa V dan Jennie sedang menjalin hubungan asmara secara diam-diam, jauh daripada pengetahuan peminat.
Segalanya bermula apabila sekeping foto yang menunjukkan kedua-duanya menaiki sebuah kenderaan di lokasi tersebut menjadi tular di media sosial semalam.
