Ramai juga beranggapan ia adalah suntingan daripada foto asal V bersama ahli kumpulannya, J-Hope untuk rancangan BTS In The Soop yang disiarkan pada tahun lalu.
Bagaimanapun, peminat mendapat tahu Jennie melancong ke Pulau Jeju baru-baru ini manakala V pula turut ke lokasi sama sebelum itu.
Pihak media Korea Selatan cuba mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin itu daripada agensi pengurusan masing-masing tetapi gagal.
BigHit Music enggan memberi sebarang maklum balas manakala YG Entertainment pula sekadar memberi komen ringkas, “Kami tidak mempunyai apa-apa maklumat untuk dikongsi.”