Ini bukanlah kali pertama dua ikon K-Pop itu dikaitkan bersama. Disember tahun lalu peminat menyedari V mengikuti Instagram ahli kumpulan Blackpink itu menggunakan akaun baharunya. Lebih menguatkan spekulasi adalah Jennie dikhabarkan baru sahaja putus cinta ketika itu.
Jennie sebelum ini dilaporkan menjalin hubungan dengan G-Dragon sejak awal tahun 2020. Dia sering dirakam berulang-alik dari tempat kerjanya ke kediaman mewah milik penyanyi BigBang itu yang terletak di di Hannam.
Ia dijadikan lokasi untuk mereka berjanji temu kerana dilengkapi sistem keselamatan yang ketat dan mempunyai dua pintu masuk berbeza, cukup sesuai untuk pasangan selebriti berprofil tinggi seperti mereka.
Namun sama seperti percintaan V dan Jennie, YG Entertainment mengambil keputusan mengunci mulut dengan berkata, “Kami tidak boleh mengesahkan apa-apa berita mengenai kehidupan peribadi artis kami. Harap anda faham.”
Foto: BigHit Music/Getty Images
Baca: Dalam Diam Jennie Blackpink Dan G-Dragon Sedang Hangat Bercinta?