Menurut wakil agensi, pelakon itu nyata kecewa kerana tidak dapat menghadiri acara promosi seperti yang dirancang.
“Park So Dam memohon maaf kerana tidak dapat bersama peminat yang telah lama menantikan tayangan perdana Special Cargo, namun dia tetap memberi sokongan sepenuhnya.
“Pihak agensi ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir menyokong filem ini dan Park So Dam, juga barisan pelakon dan kru produksi yang sama-sama berhadapan dengan saat sukar ini.
“Park So Dam kini akan memberi fokus pada proses pemulihan dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantunya kembali sembuh.”