Kanser tiroid papilari adalah sejenis kanser paling biasa yang menjejaskan tiroid dan mampu pulih dengan rawatan awal, menurut Mayo Clinic.
“Terdapat beberapa jenis kanser tiroid. Ada yang merebak dengan sangat perlahan dan ada juga yang boleh menjadi sangat agresif dengan pantas. Kebanyakan kes kanser tiroid boleh sembuh dengan rawatan,” jelas kenyataan klinik tersebut.
Bintang berusia 30 tahun ini mencuri tumpuan dunia dua tahun lalu dengan peranan hebatnya menerusi filem Parasite yang berjaya menggondol empat trofi di Anugerah Akademi.
Foto: Big Issue Korea
Baca: Kim Woo Bin Mula Sembuh Dari Penyakit Kanser Yang Dihidapinya