Bermula 1 Jun 2021, rakyat Malaysia boleh menikmati perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar yang akan menampilkan lebih 800 filem dan 18,000 episod, termasuklah ‘blockbuster’ Marvel, filem kegemaran Disney, Disney+ Originals serta filem lokal terbaik.
Walt Disney Company akan melancarkan Disney+ Hotstar di Malaysia! Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan ini bakal dilancarkan pada 1 june 2021 yang akan menyajikan variasi filem dan rancangan yang menarik daripada jenama hiburan ikonik bawah Walt Diseny Company, termasuklah Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan filem lokal dan Asia terbaik.
Pengguna boleh menstrimkan Disney+ Hotstar secara terus dengan harga RM54.90 untuk setiap tiga bulan, atau melalui pakej khas dengan Astro bagi menikmati akses kepada koleksi rancangan yang begitu meluas.
Melalui Disney+ Hotstar, peminat Disney boleh menikmati hiburan ikonik Disney+ Originals seperti ‘The Mandalorian’ dan ‘High School Musical: The Musical: The Series’, serta ‘WandaVision’, ‘The Falcon’ and ‘The Winter Soldier’ dan ‘Loki’ daripada Marvel Studios.
Tidak ketinggalan filem ‘blockbuster’ juga yang baharu, termasuklah ‘Avengers: Endgame’, ‘Avengers: Infinity War’ dan ‘Black Panther’ daripada Marvel Studios; adaptasi aksi langsung Disney seperti ‘Mulan’, ‘Maleficent: Mistress of Evil’, ‘The Lion King’, ‘Aladdin’ dan ‘Beauty and the Beast’; animasi Disney popular seperti ‘Frozen’ 1 dan 2, ‘Moana’ dan ‘Big Hero 6’, serta ‘Soul’, ‘Coco’, ‘The Incredibles 2’ dan ‘Finding Dory’ daripada Disney dan Pixar. Turut ada kesemua 12 filem ‘Star Wars’.
Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem Malaysia, Disney+ Hotstar telah memeterai satu siri perjanjian dengan studio-studio tempatan seperti Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan banyak lagi.
Perjanjian berkenaan bermaksud Disney+ Hotstar akan menjadi platform eksklusif bagi beberapa filem ‘blockbuster’ Malaysia yang dinanti-nantikan. Antaranya ‘J2: J Retribusi’ yang merupakan sekuel ‘J Revolusi’ yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Ashraf Sinclair dan Amelia Henderson. Juga ‘Zombitopia’ yang dibintangi Shaheizy Sam, Bront Palarae dan Sharifah Amani, serta ‘Ada Hantu’ yang dibintangi oleh Hairul Azreen.
‘Ejen Ali The Movie 2’ juga akan ditayangkan secara eksklusif selepas tayangan perdana di pawagam. Bagi penonton yang gemar menonton cerita bersiri tanpa henti pula, terdapat siri-siri yang menampilkan barisan bintang lokal terkal seperti ‘Wifi Sebelah Rumah’ yang menampilkan Zul Ariffin dan Ruhainies, serta ‘Semanis Senyumanmu’ yang menampilkan Daiyan Trisha dan juga Aiman Hakim Ridza.
Mulai 1 Jun 2021 nanti, pengguna boleh melanggan perkhidmatan penstriman baharu ini menerusi laman Disney+ Hotstar, serta aplikasi melalui Android dan iOS atau dengan langganan Astro.
Foto: Disney+ Hotstar
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Mei Ini