Belum sebulan meratapi pemergian adiknya Aaron Carter, Nick Carter diuji pula dengan tuduhan berat yang boleh menjejaskan kerjayanya sebagai penyanyi.
Baru-baru ini seorang wanita yang menghidap autisme dan celebral palsy, Shannon Ruth menfailkan saman terhadap Nick dan mendakwa anggota Backstreet Boys itu menyerangnya secara seksual serta menjangkitinya dengan HPV pada 2001, sewaktu dia berusia 17 tahun.
Shannon yang menuntut ganti rugi pampasan dan punitif menyatakan Nick yang ketika itu berusia 21 tahun menjemputnya menaiki bas jelajah Backstreet Boys selepas berakhirnya konsert di Tacoma, Washington.