Saman yang difailkan di Clark County, Nevada itu turut menyenaraikan tiga lagi wanita (termasuk seorang bernama Jane Does dan seorang lagi yang berusia 15 tahun ketika kejadian) menuduh Nick melakukan serangan seksual terhadap mereka dari 2003 dan 2006.
Keempat-empat wanita itu juga mengatakan Nick menjangkiti mereka dengan HPV semasa dia berada di puncak kemasyhurannya sebagai penyanyi.
Bagaimanapun tidak lama selepas saman itu difailkan, Nick tampil menafikan semua tuduhan menerusi peguamnya dan menegaskan semua dakwaan tersebut adalah palsu.