“Dakwaan mengenai insiden yang kononnya berlaku lebih 20 tahun lalu bukan sahaja tidak berbaloi dari segi undang-undang tetapi juga tidak benar sama sekali.
“Malangnya sejak beberapa tahun lalu, Cik Ruth telah dimanipulasi untuk membuat dakwaan palsu tentang Nick – dan dakwaan itu sering berubah dari semasa ke semasa.
“Tiada siapa patut tertipu dengan helah media ini yang didalangi oleh peguam yang bijak mengambil kesempatan. Tiada apa pun yang sahih dalam saman ini dan kami pasti mahkamah dengan segera akan menyedarinya,” kata peguam Michael Holtz dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama Nick dituduh melakukan serangan seksual. Lima tahun lalu pelantun lagu Mr Telephone Man, Melissa Schuman mendakwa bintang berusia 42 tahun itu menyetubuhinya tanpa rela pada 2002. Nick menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa hubungan ranjang mereka adalah berdasarkan persetujuan bersama.