Berani kerana benar, itulah yang cuba dibuktikan oleh bintang Running Man, Kim Jong Kook apabila isu tubuhnya tular baru-baru ini.
Jong Kook sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti paling sasa di Korea Selatan, sekali gus menjadi tarikan buat para peminatnya dari seluruh dunia.
Namun beberapa hari lalu namanya mencetus kontroversi apabila dituduh mengambil suntikan steroid untuk membina otot badan.