Tuduhan tersebut datangnya daripada seorang jurulatih kecergasan dan ahli bina badan terkenal dari Kanada, Greg Doucette yang membuat kenyataan tanpa bukti setelah melakukan penilaian terhadap rutin kecergasan Jong Kook.
Menerusi satu video bertajuk Kim Jung Kook || Natty Or Not yang dikongsi di saluran YouTube miliknya, Greg menuduh penyanyi itu menggunakan bahan terlarang untuk menampilkan tubuh yang tegap dan berotot.
Malah dia sanggup bertaruh sebanyak RM4.17 juta jika ada sesiapa tampil membuktikan sebaliknya.
Tambahnya, memiliki bentuk badan sedemikian pada usia 45 tahun adalah mustahil kerana tahap testosteron seseorang individu berkurangan seiring peningkatan usia.