Berbulan lamanya khabar angin mengenai kehamilan usahawan, Neelofa menjadi perbualan netizen di media sosial.
Sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu, peminat seakan tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan Neelofa dan Haris Ismail.
Sudah beberapa bulan usahawan itu menampilkan fizikal yang sedikit berisi seakan wanita hamil, malah baby bump miliknya juga jelas kelihatan di sebalik jubahnya yang longgar.
