Aksinya menyentuh dan mengusap perut secara tidak sengaja juga telah beberapa kali dirakam pihak media.
Namun pasangan itu memilih untuk mengunci mulut sehinggalah semalam apabila Neelofa akhirnya mengulas sendiri berita kehamilannya kala menghadiri program penyerahan Bakul Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Enggan menafi atau mengiyakan desas-desus yang tersebar, pengacara itu memilih jawapan selamat atas alasan yang kukuh dan meminta agar didoakan yang terbaik buat dirinya.