“Saya berharap orang ramai memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan.
“Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah ia akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan,” katanya.
Tambah Neelofa yang memperlihatkan bentuk seakan baby bump dalam persalinan serba putih, segalanya akan dimaklumkan apabila semuanya sudah betul-betul pasti, contohnya jika kandungan sudah stabil.

Foto: Naelofar
Baca: Perkongsian Haris Ismail Mengenai Kehamilan Neelofa Mengujakan Peminat