Doja dijadualkan membuat persembahan perayaan Asunciónico di Paraguay awal minggu ini tetapi dibatalkan akibat banjir dan ribut petir. Antara artis lain yang membuat persembahan bersama ialah Foo Fighters, Machine Gun Kelly dan lain-lain.
Pada hari Khamis, Doja memuat naik ciapan twitter tentang Brazil. Ciapan itu dibalas komen daripada peminat, yang mengulas, “Tiada satu foto berada di Paraguay, tiada satu tweet, tiada satu cerita instagram!!!! Awak buat kami kosong!!” nada marah dan kecewa.
Doja kemudian meminta maaf namun maafnya tidak diterima peminat Paraguay. Malah mereka melabelkan penyanyi itu, “MUSUH AWAM #1” dan membalas, “sudah terlambat untuk meminta maaf.”