Selepas kemunculan dokumentari Framing Britney Spears yang menekankan pembebasan bintang pop itu daripada konservatori selama 13 tahun, Netflix pula mengambil langkah serupa.
Platform penstriman terbesar itu akan menerbitkan satu dokumentari berjudul Britney vs. Spears yang bakal ditayangkan hujung bulan ini.
Diarahkan oleh pembikin filem dokumentari jenayah, Erin Lee Carr (I Love You, Now Die), ia telah menjalani rakaman selama lebih setahun – lebih lama daripada dokumentari terbitan Hulu, Framing Britney Spears.