Ia akan mendedahkan perjanjian undang-undang ketat yang diberikan kepada bapa Britney, Jamie Spears untuk mengawal kehidupan dan harta milik penyanyi itu.
Hak ini diberikan kepada Jamie pada 2008 selepas pelantun lagu Womanizer itu menunjukkan gangguan mental secara terbuka di tempat awam. Selama lebih sedekad bapanya bertindak sebagai konservator, namun pada 2019, dia berundur buat sementara sebagai penjaga Britney atas isu kesihatan dan tempatnya digantikan oleh Jodi Montgomery.
Awal tahun ini pula, penyanyi itu mengemukakan petisyen rasmi kepada mahkamah untuk menggugurkan nama Jamie sebagai penjaga harta miliknya.