Selain Dolla, antara selebriti tanah air yang baru-baru ini dijangkiti influenza adalah Riena Diana dan Janna Nick. Beberapa hari lalu Riena berkongsi pengalamannya diserang Influenza A dan menyifatkannya ‘lebih menyakitkan’ daripada Covid-19 sehingga mencetuskan trauma.
“Saya pernah dijangkiti coronavirus sebanyak tiga kali sebelum diuji dengan jangkitan Influenza A, tetapi tahap kesakitannya masih boleh saya hadap lagi. Namun, dijangkiti Influenza A ini memang buat saya jadi trauma dan tak mahu terkena lagi,” katanya.
Janna pula memaklumkan dirinya dijangkiti Influenza B menerusi satu perkongsian di Instagram Story sekali gus meluahkan rasa hampa kerana tidak dapat menghadiri konsert Billie Eilish yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.