DON’TS
Jangan memakai kasut tumit atau selipar
Anda akan berdiri lama di konsert jadi kasut tumit adalah satu kesilapan yang besar melainkan anda mahu kaki lebam kemudian hari. Pakai kasut yang lebih mudah untuk disarung dan mudah untuk ditanggalkan.
DSLR atau kamera profesional tidak dibenarkan
Semua rakaman profesional daripada DSLR atau SLR tidak dibenarkan dalam acara tersebut. Pastikan anda tidak merakam keseluruhan persembahan dan jangan siarkan live konsert pada telefon anda. Nikmati muzik secara langsung dan anda pasti akan mengalaminya dengan lebih baik!
Makanan & minuman luar atau rokok tidak dibenarkan
Bawa wang lebih untuk menampung selera perut anda dari jam 4 petang hingga tengah malam (makanan agak mahal, disarankan untuk bawa wang lebih). Sebarang rokok elektronik atau tidak juga tidak dibenarkan kerana ingin memberi kesamaan pengalaman sesetengah orang yang hanya mahu berseronok tanpa menelan asap rokok anda.
Jangan hilangkan gelang tangan anda!
Memandangkan ia adalah acara konsert dua hari, gelang tangan anda hendaklah sentiasa berada di pergelangan tangan anda sepanjang acara berlangsung. Ia adalah pas anda untuk keluar masuk konsert. Jika anda kehilangan gelang tangan anda, anda akan diiringi keluar atau tidak boleh memasuki tempat itu.
Artikel berkaitan: The Strokes, The Kid Laroi & Ramai Lagi Di Good Vibes Festival 2023!