Pelantun Fair Trade, Drake mengejutkan peminat muzik apabila membuat keputusan menarik diri daripada Anugerah Grammy Ke-64.
Senarai Grammy yang diumumkan dua minggu lalu menyaksikan Drake, salah seorang artis paling popular dan berpengaruh dalam industri muzik pop hari ini hanya dicalonkan dalam dua kategori rap.
Lagu Way 2 Sexy yang menampilkan Future dan Young Thug dicalonkan dalam kategori persembahan rap terbaik manakala Certified Lover Boy yang menjadi hit tahun ini dicalonkan sebagai album rap terbaik.
