Malangnya, dia tidak tercalon dalam mana-mana kategori teratas seperti lagu atau album terbaik tahun ini.
Mungkin disebabkan itu, Drake serta pihak pengurusannya meminta agar nama penyanyi itu digugurkan daripada dua kategori tersebut dan ia telah pun dipersetujui oleh pihak penganjur, Recording Academy.
Perubahan pada senarai pencalonan telah pun dikemas kini di laman web rasmi Grammy dan tiada penggantian dibuat, bermakna kedua-dua kategori itu akan diteruskan dengan empat calon.