Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Drake tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Grammy sejak beberapa tahun lalu.
Pada 2017, dia enggan menyerahkan albumnya, More Life untuk dinilai oleh Recording Academy setelah memenangi lagu rap terbaik pada awal tahun untuk lagu Hotline Bling.
Drake yang tidak menghadiri anugerah tersebut bagaimanapun tidak gembira dengan pencapaian yang diraihnya malam itu.
“Mungkin kerana saya telah lama menyanyikan lagu rap atau mungkin kerana saya berkulit hitam,” jelasnya mengenai kemenangan itu dalam satu wawancara.