“Saya rasa bagai dianak tiri, atau anda sengaja mahu memulaukan saya dengan memberi kemenangan rap kepada saya…atau sekadar mahu mengujakan saya dengan menganugerahi saya sesuatu, meletakkan saya dalam kategori rap kerana hanya itu satu-satunya tempat di mana anda boleh ‘campakkan’ nama saya,” tambahnya.
Tekanan antara Drake dan Grammy berterusan sehingga 2019 apabila dia bersama Kendrick Lamar dan Childish Gambino enggan membuat persembahan disebabkan tindakan pilih kasih Recording Academy terhadap artis rap dan hip hop sejak bertahun-tahun.
Drake turut menyokong tindakan The Weeknd mengecam Grammy sebagai ‘mudah disogok’ tahun lalu apabila lagu hit, Blinding Lights dan albumnya, After Hours tidak mendapat sebarang pencalonan walaupun berjaya dari segi komersial dan profesional.
Foto: WireImage