Drama seram psikologi itu berkisar tentang kerjaya dan perkahwinan seorang menteri di Parlimen yang terancam apabila skandal rahsianya yang mampu menjejaskan seluruh negara tiba-tiba terbongkar.
Diarahkan oleh S.J. Clarkson, ia dibintangi oleh Sienna Miller, Michelle Dockery, Rupert Friend, Naomi Scott, Josette Simon, Geoffrey Streatfeild dan Joshua McGuire.
Anatomy of a Scandal merupakan satu kejayaan besar buat Netflix, malah berjaya menumpaskan Bridgerton di carta Global Top 10. Untuk tempoh tujuh hari yang berakhir pada 24 April, siri itu memperoleh 75.56 juta jam tontonan diikuti dengan Bridgerton yang agak jauh ketinggalan dengan 46.13 juta jam tontonan, menurut kedudukan global Netflix.