Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Sumber Internet
Karya drama dari Korea Selatan sudah menjadi fenomena bermula dengan kehadiran drama Winter Sonata pada tahun 2002 dan hingga kini demam drama dari negara itu masih belum pudar dan industri hiburan dan perfileman Korea terus memperbaiki dan memperhebatkan produk hiburan mereka terutama dalam bidang penerbitan drama dan muzik pop sebagai eksport utama.
Tidak dinafikan, walaupun ada segelintir yang sukar untuk mula cenderung kepada drama Korea, jika selepas menonton salah satu drama terutama yang mempunyai beberapa kriteria yang boleh memancing cita rasa seseorang akan mula meminati dan mula ketagih menonton.
Dengan menggunakan formula lazim yang didapati amat berkesan serta bintang-bintang yang dicungkil dan diasah bakat dengan wajah yang kacak dan lawa, tidak hairanlah mengapa barisan drama yang memakan masa beberapa bulan untuk dihabiskan menjadi pilihan tontonan.
Ramai yang menyatakan ia sekadar escapism dan hiburan tetapi ada juga yang taksub serta menjadi fanatik dengan beberapa bintang yang dianggap sebagai idola. Terpulang kepada cita rasa masing-masing, asal jangan terbawa-bawa dan diabaikan tanggungjawab sudah la ya!
EH! kongsikan drama romantik komedi pilihan EH! yang mungkin anda belum pernah tonton sebelum ini untuk anda sertakan dalam senarai mesti tonton secara online atau DVD.
My Girlfriend is a Gumiho

I Can Hear Your Voice

Secret Garden

Sungkyunkwan Scandal

Emergency Couple

Playful Kiss

Fullhouse

Rooftop Prince

The Heirs

My Girl

