Menurut Billboard, Dreamers turut mencipta rekod sebagai lagu rasmi Piala Dunia pertama menduduki tangga teratas dalam Billboard Digital Song Sales Chart dan satu-satunya dalam sejarah.
Jumlah tontonan video muzik lagu itu juga meningkat dengan mendadak. Ia memperoleh lima juta tontonan selepas lapan jam, 10 juta selepas 19 jam, 15 juta selepas satu hari, dan lebih 20 juta tontonan selepas dua hari.
Persembahan Jungkook di pentas Piala Dunia 2022 dan video muzik Dreamers yang disiarkan di saluran YouTube rasmi FIFA serta Bangtan TV mendominasi platform itu dengan menyapu bersih tempat pertama, kedua dan ketiga sebagai Worldwide Popular Videos selama dua hari berturut-turut.
Persembahan pada acara pembukaan khususnya melonjak ke tangga teratas dalam kategori itu hanya selepas tujuh jam ia dimuat naik. Ia disenaraikan sebagai video paling popular selama tiga hari berturut-turut.