Dengan berada di dua tangga teratas dalam carta iTunes Malaysia, nyata dua single baru dari Fazura ini buah tangan yang dinanti-nantikan ramai.
Dua single baru Fazura berjudul Bisa Apa dan Bangun benar mendapat perhatian ramai meskipun ia baru sahaja dilancarkan pada hari ini di platform digital.
Menurut laporan BH Online, Fazura menyatakan rasa bersyukurnya kerana lagu Bisa Apa berjaya menduduki tangga pertama walaupun baru sejam ia dilancarkan manakala Bangun pula naik ke tangga kedua dari kedudukan keempat sebelum ini.
Bahkan, Fazura juga mengatakan yang mana dia terlalu gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaannya itu. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya yang sentiasa menyokongnya selama ini.
Lagu Bisa Apa merupakan hasil ciptaan Tantra Numata dan Mhala Numatra dari Indonesia, sementara lagu Bangun pula adalah nukilan komposer tempatan iaitu Ilyahida.
Fazura sempat memuat naik sekeping gambar kejayaannya itu menerusi laman Instagram dengan kapsyen yang cukup bersyukur akan kejayaan yang digapai itu.