Avada Kedavra! Selepas lebih dua dekad sejak filem pertamanya ditayangkan, filem siri dunia sihir popular kini kembali dengan nafas baharu.
Selepas lebih 20 tahun, Harry Potter, filem siri dunia sihir yang pernah mencetuskan fenomena global ini bakal diadaptasi semula dalam bentuk siri televisyen, sekali gus memperkenalkan barisan pelakon cilik baharu untuk menghidupkan watak-watak ikonik di Hogwarts.
Jika dahulu penonton membesar bersama pelakon seperti Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint yang membawakan watak Harry, Hermione dan Ron di layar perak, versi terbaharu ini pula menampilkan generasi pelakon muda yang berbeza untuk watak yang sama.
Perubahan ini pastinya menarik perhatian peminat setia yang ingin melihat bagaimana kisah sihir kegemaran mereka diinterpretasikan semula dalam versi yang lebih segar.
Jadi, siapakah bintang cilik yang bakal mengambil alih tongkat sihir Harry, Ron dan Hermione dalam siri baharu ini? Kenali wajah-wajah pelakon cilik yang bakal membawa dunia Harry Potter ke era baharu.

Watak Harry Potter yang sebelum ini dilakonkan oleh Daniel Radcliffe (kiri), kini dibawakan oleh pelakon cilik baharu, Dominic McLaughlin.

Watak Hermione Granger yang sebelum ini dilakonkan oleh Emma Watson, kini dilakonkan oleh Arabella Stanton.

Watak Ron Weasley yang sebelum ini dilakonkan oleh Rupert Grint, kini dibawakan oleh Alastair Stout.

Draco Malfoy, dahulu dilakonkan oleh Tom Felton, kini dibawakan oleh Lox Pratt.

Watak Albus Dumbledore yang sebelum ini dilakonkan oleh Richard Harris, kini dilakonkan oleh John Lithgow.

Watak Profesor Severus Snape yang sebelum ini dilakonkan oleh Alan Rickman, kini dilakonkan oleh Paapa Essiedu.

Watak Rubeus Hagrid yang sebelum ini dilakonkan oleh Robbie Coltrane, kini dilakonkan oleh Nick Frost
Baca: Netflix April 2026: Ini Senarai Rancangan yang Intense
