Baru lima bulan melancarkan album namun Ed Sheeran nampaknya enggan memperlahankan langkah.
Minggu lalu Ed berkongsi khabar gembira bersama peminat bahawa dia sudah pun mempunyai perancangan untuk projek terbaharu yang akan didedahkan seawalnya minggu ini.
Sewaktu menjadi tetamu dalam rancangan The Project NZ, penyanyi berusia 31 tahun itu ditanya adakah album seterusnya akan diberi judul – (tolak), selari dengan albumnya sebelum ini yang bertemakan simbol matematik.
“Oh tidak, bukan itu yang akan saya lancarkan. Saya akan berkongsi sesuatu yang lebih mengujakan dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.