Walaupun tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai projek misteri itu, dia mengakui tidak meletakkan harapan bahawa ia akan mendapat sambutan hebat di New Zealand.
“Ia akan menjadi lebih popular di tempat lain. Apabila anda mendengarnya, anda pasti akan faham,” tambahnya.
Pemenang Grammy itu melancarkan album = pada Oktober tahun lalu yang menampilkan lagu seperti Bad Habits, Shivers dan Overpass Graffiti. Ia merupakan album simbol keempatnya selepas + (2011), x (2014) dan ÷ (2017).
Ed turut menjelaskan dalam The Project NZ bahawa walaupun dia menggunakan simbol matematik sebagai judul album, hakikatnya dia tidak meminat subjek itu.