“Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa kami telah menimang seorang lagi anak perempuan yang comel. Kami berdua amat menyayanginya dan teruja memiliki empat ahli dalam keluarga,” tulisnya.
Ed dan Cherry masih belum berkongsi nama puteri kedua kepada umum namun peminat boleh menjangkakan sesuatu yang unik dan indah seperti nama cahaya mata sulung mereka, Lyra Antartica Seaborn Sheeran.
Pasangan itu yang merupakan rakan baik sejak kecil mula menjalin hubungan romantis pada 2015 dan berkahwin pada 2019. Kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran Lyra setahun kemudian.
