Umum mengetahui Jada yang mula berpenampilan botak sejak awal tahun lalu menderitai alopecia, penyakit autoimun yang menyebabkan keguguran rambut teruk sejak bertahun-tahun lalu.
Bagaimanapun tindakan Chris menyamakan kepala Jada dengan watak lakonan Demi Moore dalam filem perang G.I. Jane itu adalah kerana dia tidak mengetahui tentang penyakit yang dihidapi aktres tersebut.
Beberapa bulan selepas insiden menggemparkan itu, Will membuat permohonan terbuka kepada Chris menerusi sebuah video beremosi yang dimuat naik di YouTube.
Baca: Insiden Mengejutkan Yang Berlaku Di Pentas Oscar Sejak Lima Dekad Lalu