WOODZ kembali dengan album Archive. 1 dan debut lakonan dalam filem pendek misteri Slide Strum Mute, sekali lagi menunjukkan bakat serba boleh yang membuat peminat teruja menantikan kemunculannya seterusnya.
WOODZ, atau nama sebenar Cho Seungyoun membuat kemunculan semula dengan pelancaran album penuh terbaharu. Walaupun baru sahaja menamatkan perkhidmatan tenteranya, WOODZ kembali mencuri perhatian dengan aura rockstar yang lebih menyerlah.

Album penuh ini juga dipercayai mempunyai jumlah lagu paling banyak berbanding album-album yang pernah dikeluarkannya sebelum ini. Album ini juga merupakan album penuh pertama beliau. Sebanyak 17 lagu dimuatkan dalam album tersebut, sekali gus menjanjikan pelbagai warna muzik dan sisi baharu daripada penyanyi berbakat ini.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini termasuklah:
-
- 00:30
- Super Lazy
- Dayfly
- The Spark
- Human Extinction (Lagu Utama)
- Flight
- Bloodline (Pra-keluaran)
- Downtown
- STOP THAT
- NA NA NA (Lagu Utama)
- Struggle
- BEEP
- Plastic
- GLASS
- CINEMA (Pra-keluaran)
- Samo
- To My January
WOODZ turut terlibat dalam keseluruhan proses album ini dimana beliau mengambil bahagian dalam penghasilan, penulisan lirik serta penggubahan muzik bagi semua lagu dalam album tersebut.
WOODZ mendedahkan bahawa beliau mula mengusahakan album Archive. 1 hampir tiga tahun yang lalu, walaupun asas album ini sebenarnya lebih lama lagi. Beliau menggambarkan album ini sebagai “sebuah koleksi refleksi tentang kehidupan saya, serta genre muzik yang saya minati.” Apabila WOODZ mula mengeluarkan muzik solo semula sekitar tahun 2020, beliau mencipta lagu dengan mengambil kira citarasa umum pendengar. Namun, lama-kelamaan, WOODZ mula mempertanyakan selera muziknya sendiri.
“Saya mula bertanya pada diri sendiri apa yang benar-benar saya nikmati,” ujarnya, dan akhirnya membawa beliau untuk menumpukan perhatian pada genre rock.
Untuk mempromosikan lagi album ini, WOODZ juga mendapat peluang untuk berlakon di short film yang berdurasi 59 minit, berdasarkan esei autobiografi yang ditulis WOODZ semasa menjalani perkhidmatan tentera. Slide Strum Mute mengisahkan Woo-jin, seorang penyanyi bercita-cita tinggi yang terjerumus ke dalam garis masa “terkutuk” selepas memainkan gitar rosak yang diberikan oleh seorang misteri susulan kegagalan audisi.
WOODZ sebelum ini menjadi bualan ramai menerusi lagunya “Drowning”, yang secara tiba-tiba kembali popular ketika dia masih menjalani perkhidmatan tentera. Lagu tersebut terus mencatat kejayaan luar biasa apabila kekal berada dalam kelompok Top 3 carta Melon untuk tempoh yang lama. Kejayaan lagu tersebut membuatkan para peminat semakin tertunggu-tunggu apa yang bakal dibawakan WOODZ untuk kemunculan semulanya kali ini.

Bukan itu sahaja berita tergempar, malah WOODZ turut mengumumkan ‘Archive. 1 World Tour’, termasuk persembahan di Malaysia di Zepp KL pada 18 April ini. Berita ini sudah pastinya membuatkan para peminat tempatan semakin teruja menantikan kemunculannya di pentas secara langsung.



