Janna Nick duduk diwawancara EH!, bicaranya berkait evolusi peribadi, perubahan definisi seninya hari ini juga impak kontroversi kepada karier dan nilai diri.
Teks: Khairul Abidin, Arahan Seni/Penata Gaya: Khairul Abidin & Johan Kassim, Pembantu Penggambaran Razin Abu Bakar, Foto Edmund Lee (One Three Four Studio), Pakaian Ferragamo, Aksesori Versace, Solekan KF Bong, Dandanan Juno Ko
Dunia hiburan kita sejak kebelakangan ini tidak pernah sunyi dengan nama gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini. Namanya menjadi buah mulut, umum tahu apa sebabnya. Tapi berbeza dengan pendapat saya, biarpun dihimpit kontroversi namun namanya juga disebut-sebut kerana hasil karya seninya trending sejak kebelakangan ini. Dari Melastik Ke Hatimu, bawa ke Marry Me Senorita, kemudian buah tangan sulungnya sebagai pengarah dan penerbit, Delen turut menemui penggemar drama Melayu. Itu belum lagi saban Ahad wajahnya akan muncul di layar kaca TV3 menerusi Melodi bersama pengacara terkenal Awal Ashaari.
Nurul Jannah binti Muner atau nama komersialnya Jannah Nick mula jadi sebutan apabila dramanya bersama Amar Asyraf, Syurga Nur berjaya memenangi hati penonton. Dan dari saat itu dia tidak pernah berhenti, dari berlakon dia mengembangkan kariernya ke lapangan muzik. Biar dikritik, namun Janna percaya minat dan usaha yang beriringan dia pasti akan berjaya. Prinsip Janna mudah, selagi ada masa di usia muda ini dia mahu mencuba semua, tidak mahu leka dan membuang masa. Saat wajahnya mula dirias jurusolek Bong, saya tanyakan padanya, “bagus atau tidak untuk seseorang artis bila produk mereka dikeluarkan serentak?”. “Tak bagus sebenarnya,” balas Janna. “Kita jadi overexpose. Sebagai pelakon biarlah produk kita sentiasa ada, tapi biarlah satu persatu bukan semuanya ditayang dalam masa serentak. Tapi saya tidak boleh mengawal semua, situasi pandemik ini membuatkan banyak perkara berbeza dari apa yang dirancang. Jadi buat masa sekarang saya perlu gandakan usaha untuk cepat-cepat hasilkan produk baru,” jawabnya.
Boleh ceritakan tentang projek lagu terbaru Janna?
Setelah tiga tahun menyepi dari industri muzik, akhirnya saya akan kembali tampil dengan single ketiga. Cadangnya mahu dilancarkan selepas Aidilfitri, berilah laluan kepada Ramdan dan Syawal, kerana pada waktu begini orang lebih suka dengar lagu raya.
Apa expectation Janna untuk buah tangan yang baru ini?
Saya cuba untuk lebih aggressive (ketawa). Saya mahu lebih berani mencuba. Saya tak mahu takut-takut lagi atau Hanya sekadar mencuba. Saya mahu lebih all out kali ini.
Sebenarnya Janna memang serius untuk terlibat dalam muzik, sekadar mahu mencuba-cuba atau menimba pengalaman? Arah tujunya bagaimana?
Saya memang minat menyanyi dan dalam masa yang sama saya mahu menambah pengalaman. Bagi saya setiap hari adalah proses pembelajaran dan saya tak akan pernah berhenti belajar. I will keep improving. Andai ditanyakan tentang fokus, saya cuba bahagikan masa kepada cabang-cabang kerja yang saya minat. Satu Jun nanti umur saya genap 26 tahun, saya tak Boleh bazirkan masa dengan berehat. Saya akan jalani usia muda saya ini untuk lebih produktif. Andai panjang umur saya mahu pencel awal (ketawa lagi).
Delen adalah buah tangan sulung Janna sebagai penerbit dan pengarah. Apa yang Janna pelajari dari pengalaman sulung ini?
Ini sememangnya jiwa saya. Saya bangga dengan first baby saya. Sejak awal lagi saya ada cita-cita untuk bergelar pengarah dan produser. Rasa gemuruh pastinya ada. Tapi selepas percubaan pertama ini, saya mula ketagih dan mahu ,menghasilkan lebih banyak lagi produk di bawah syarikat produksi saya sendiri, JN Studio & Entertainment .
Bila dah melalui pengalaman pertama ini, berapa Janna rate diri sebagai pengarah?
Dari segi pengurusan dan kawalan emosi 5/5 (ketawa). Boleh dikatakan saya berjaya mengawal stres sepanjang penggambaran, rasa tenang walaupun ini adalah kali pertama saya duduk di kerusi pengarah. Tapi saya akui masih banyak yang saya perlu pelajari tapi inilah Jiwa sebenar saya, yakni mengarah.
Mengapa turut berlakon dalam Delen memandangkan ini pertama kali Janna mengarah? Tidak terganggu fokus?
Sebab projek pertama ini adalah ‘Finish product’, jadi saya harus mempertaruhkan nama-nama besar dalam telemovie ini, jadi belanjanya tinggi dan mahu jimatkan kos terpaksalah saya berlakon juga (berseloroh). Sejujurnya memang ada sedikit menganggu fokus, tapi semuanya dalam kawalan yang baik kerana saya ada support system yang kuat dari the whole team yang menjayakan Delen.
Bagaimana pula pengalaman mengarahkan Jeti?
Jeti adalah telemovie bergenre drama. Sebelum ini saya fikir mengarah genre komedi lebih mudah berbanding drama, tapi telahan saya silap. Saya perasan menghasilkan produk bergenre drama lebih mudah sebenarnya, dan ini mungkin ad akena mengena dengan diri saya Sendiri. Saya bukanlah seorang yang kelakar sebaliknya seorang yang emotional. Naskhah ini saya berikan tumpuan 100 peratus dan saya boleh kata yang saya cukup berpuas hati.
Bagaimana rasanya menjadi pengarah kepada sebuah naskhah yang dibintangi oleh orang yang lebih senior seperti Nabila Huda dan Fauziah Nawi?
Satu pengalaman yang tidak akan pernah saya lupakan. Ketika saya membuat keputusan untuk memilih Ibu Fauziah Nawi dan Nabila Huda, terdetik rasa ragu, bimbang kalau-kalau mereka tidak mahu bekerja dibawah arahan saya. Ternyata tsaya silap. Sambil-sambil saya mengarah mereka, saya juga gunakan masa kami bersama untuk sama-sama menambah ilmu dan secara tidak langsung saya dapat menggunakan ruang ini untuk saya perbaiki mutu lakonan saya. Bagi saya ini adalah satu penghargaan buat saya bila nama-nama besar ini sudi bekerja dibawah arahan pengarah amatur seperti saya .
Sebagai seorang penerbit, apa pendapat Janna dengan cara pemilihan pelakon oleh stesyen TV yang berpandukan pengikut di media sosial? Adakah ia sesuatu yang patut atau tidak?
Pada saya, tidak patut.Tetapi kita tidak boleh meletakkan kesalahan ini 100 peratus pada stesen TV kerana keputusan ini dialngsungkan berdasarkan rating dan rating ini jumlahnya ditentukan oleh penonton. Secara tak langsung penonton yang memilih untuk menonton drama lakonan pelakon popular berbanding pelakon yang kurang popular walaupun mereka [punya kualiti lakonan yang lebih baik.
Cuba terus-terang, bagi Janna kontroversi itu membantu atau tidak?
Kontroversi boleh jadi membantu. Tapi bergantung kepada jenis kontroversi yang dicipta. Kalau terlalu sensitif dan sensasi mungkin Boleh mengundang padah kepada diri sendiri dan karier. Saya lihat netizen ketika ini mengamalkan ‘cancel culture’ yang mana boleh memberi kesan terhadap karier seseorang selebriti. Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri, saya perlu fikir betul-betul sebelum memuat naik sebarang content mahupun mencipta apa-apa kontroversi.
Apakah resipi terbaik berhadapan dengan kontroversi. Bagi Janna perlukah selebriti respon kepada komen netizen?
Biasanya jika saya tidak mahu emanjangkan sebarang isu saya lebih senang untuk mendiamkan diri. Tapi andai kata saya mahu membalas komen pengikut di media sosial, bermakna saya perlu siapkan diri untuk menerima balik jawapan balas dari Mereka. Biasanya kita sendiri boleh tahu satu-satu isu akan dipanjangkan atau tidak bila berbalas komen dengan peminat.
Bercakap fasal content, mengapa content, maaf cakap, yang ‘bodoh’bodoh’ yang menjadi tular?
Bijak atau sebaliknya satu-satu content itu bergantung kepada netizen sendiri. Jika video yang dianggap ‘bodoh’ itu yang tular, itu berpunca daripada netizen sendiri kerana mereka memberi perhatian kepada content tersebut, mereka respon dan kongsi content sebegitu. Jadi bila itu berlaku, maka senanglah content begitu menjadi tular. Cuba netizen kongsi, sebar dan respon kepada content yang bijak, maka akan lebih banyaklah content bijak dihasilkan kerana content creator ini tahu content sebegitu diterima baik.
Apakah tiga perkara perlu ada untuk sustain?
Pertama kita perlu ada produk yang mendapat rating yang tinggi, baik di TV mahupun di radio Jika anda seorang penyanyi. Engagement di media sosial juga membantu dan sekali-sekala perlu ada kontroversi (ketawa).
Jika diamati, apa kekuatan diri Janna?
Ketika ini apabila banyak insiden berlaku saya mulai sedar saya sebenarnya seorang yang cekal, saya bukanlah orang yang mudah mengalah. Kritikan/ atau komen berbaur negatif tidak melemahkan saya malah saya jadikan ia sebagai pembakar semanga untuk saya berusaha menjadi lebih baik.
Kelemahannya apa pula?
Saya orang yang jenis tidak betah duduk diam. Ya, ini antara kelemahan saya. Saya terlalu fokus untuk sentiasa bekerja tanpa saya memikirkan kemampuan, baik dari segi fizikal mahupun mental. Sampaikan adakalanya ia menjejaskan kualiti kerana keadaan fizikal saya yang keletihan dek jadual yang padat.
Artikel Berkaitan: “Keluarga Adam, The Most Beautiful Family I Ever Met,”- Yuna
Apakah satu soalan yang Janna ingin media tanyakan kepada Janna, tapi belum pernah ada yang bertanya?
Rahsia kejayaan! Ini soalan yang saya harap suatu hari akan ditanyakan dan saya jawab dengan rasa bangga. Buat masa ini, saya masih dalam proses untuk terus membawa kerjaya saya ke satu peringkat yang lebih membanggakan. Saya harus cepat kerana masa cukup pantas berlalu.
Jika punya masalah, siapa orang yang pertama yang Janna hubungi, meminta nasihat atau paling tidak menjadi pendengar?
Saya punya ramai penasihat, lihatlah apa isu dan masalahnya. Untuk sumber motivasi, saya cenderung menghubungi Dini. Apa-apa yang berkaitan dengan syarikat, saya akan berbincang dengan team saya. Jika hal berkaitan kewangan saya ada financial advisor. Selalunya saya akan cari penasihat yang pakar dalam sesuatu bidang sebelum saya membuat apa apa keputusan serius.
Selepas bertahun-tahun di dalam industri, apa perubahan besar yang berlaku pada keperibadian Janna?
Saya mula melihat industri hiburan sebagai industri yang sangat penting buat saya. Saya bukan melihatnya dari kaca mata sebagai seorang pelakon semata, tetapi secara keseluruhan. Kalau sebelum ini saya cuma nampak industri hiburan sebagai punca mata pencarian tapi sekarang saya merasakan saya perlu lakukan sesuatu untuk menyumbang dan memperjuangkan sesuatu untuk industri kita. Kalau sebelum ini saya menjangka usia saya dalam industri mungkin hanya mampu bertahan lima tahun sahaja, tapi Hari Ini saya mula lihat ke mana arah tuju saya di dalam industri.
Apakah misconception orang tentang you?
Orang selalu fikir saya adalah seorang yang happy go lucky. Rata-ratanya akan datang kepada saya dan akui saya adalah individu berbeza berbanding apa yang mereka fikir. Biasanya orang akan cakap, ‘dulu I ingat you macam ni, macam tu… tapi bila dah kerja dengan you, tak sama’. Hal ini sudah berulang kali berlaku dan ini mungkin kerana personaliti saya sewaktu bekerja berbeza dengan personaliti sebenar.
Artikel Berkaitan: Gen-Z Beauty, Individualiti dan Berekspresi