Atillia Irdina merupakan seorang yang mudah didekati serta cukup komited dalam setiap perkara yang dilakukan. Berasal dari Ampang, Selangor, gadis berbintang Gemini ini bukan sahaja aktif sebagai Content Creator, malah turut bergelar pelajar dalam bidang seni bina. Penglibatannya dalam dunia kreatif bersama latar pendidikan seni bina banyak membentuk cara dia menafsir estetika, ruang dan visual, elemen yang akhirnya menjadi identiti serta kekuatan dalam setiap kandungan yang dihasilkan. Melalui gabungan kreativiti dan perspektif reka bentuk, setiap karya yang dikongsikan tampil dengan susunan yang teliti, karakter yang tersendiri dan penceritaan yang dekat dengan audiens.
Apakah perkara paling Gen-Z tentang diri Atillia?
Perkara paling Gen Z tentang saya? Kebolehan untuk tukar vulnerability dan kejujuran menjadi kekuatan. Saya sangat menitikberatkan soal emotional intelligence. Maksudnya, saya tahu had (boundaries) saya, saya belajar dari trauma, dan saya jaga self-worth melalui self-care. Bagi saya, jadi matang secara emosi tu bukan bermakna kita kena nampak kuat sentiasa, tapi berani untuk jujur dengan apa yang kita rasa.
Tiga perkataan yang mendefinisi karakter diri Atillia?
Ekspresif, Spontan dan Chaos
Jika kandungan media sosial Atillia adalah estetik fesyen, apakah estetikanya?
Estetik fesyen saya agak all over the place. Saya tak ada tema khusus; hari ini boleh jadi kemas, esok saya cuma sarung apa saja dalam almari. Janji bebas bereksperimen dan tak bosan!
Apa yang mendorong Atillia untuk menjadi content creator?
Kalau ikutkan, dorongan tu datang dari gabungan tiga minat terbesar saya sejak remaja. Pertama, sebab pengaruh YouTuber lama yang buat saya jatuh cinta dengan dunia beauty. Kedua, sebab saya memang hobi rekod lifestyle vlogs yang random dengan kawan-kawan. Dan ketiga, sebab saya suka sangat styling baju. semua benda ni macam bergabung secara semula jadi dan bawa saya ke tempat saya berdiri hari ini sebagai content creator.

Apa yang menjadi motivasi Atillia untuk terus berkarya secara konsisten di media sosial?
Motivasi saya sebenarnya sangat ringkas: saya cuma nak buat content yang betul-betul wakilkan diri saya yang sebenar. Dari awal lagi, media sosial ni adalah kanvas untuk saya berkarya dan ekspresikan kreativiti. It was never about numbers, saya tak pernah kejar followers atau likes. Apa yang buat saya konsisten ialah kepuasan dapat jadi diri sendiri sepenuhnya dekat platform saya.
Bagaimana Atillia kekal kreatif?
Untuk kekal kreatif, saya suka tengok macam mana creators luar negara olah content dan trends terkini. Saya ambil inspirasi dari situ, kemudian saya gabungkan dengan idea cara saya sendiri. Bagi saya, kreativiti tu datang bila kita berani berangan, eksperimen, dan pusing balik cara kita pandang dunia keliling.
Jika berpeluang berkolaborasi dengan mana-mana content creator terkenal, siapa yang akan Atillia pilih dan kenapa?
Ming Chun. All day review makanan ayam gepuk dalam kereta, manifesting it.
Apakah cabaran terbesar sebagai content creator hari ini?
Bagi saya, cabaran terbesar hari ini adalah macam mana nak kejar trends semasa tapi dalam masa yang sama tetap jujur dengan diri sendiri. Media sosial bergerak laju, jadi kita memang kena kreatif untuk ikut trend kalau nak kekal relevan. Tapi cabaran sebenarnya ialah memastikan kita tak hilang identiti asli kita semata-mata demi views. Saya selalu ingatkan diri saya: ikut trend boleh, tapi mesti diolah mengikut cara saya yang playful dan authentic, stay true to your own canvas.
Adakah menjadi seorang yang dikenali di media sosial mengubah personaliti diri?
Jujurnya, tak mengubah personaliti saya pun. Saya tetap diri saya yang sebenar, baik di depan kamera mahupun di belakang kamera.
Bagaimana cara Atillia menjaga kesihatan mental?
Cara saya? Mudah sahaja. When life throws lemons at me, I just go for a walk. Berjalan kaki adalah cara paling berkesan untuk saya reset semula mental saya. Ia seolah-olah butang pause daripada kesibukan media sosial yang membolehkan saya bernafas, tenangkan jiwa, dan kembali fokus kepada realiti hidup.
Bagaimana Atillia melindungi your own peace?
Sangat mudah: I set boundaries with things that don’t align with me. Di media sosial, kita selalu terdedah dengan macam-macam tekanan dan jangkaan orang luar. Jadi, saya pastikan saya ada sempadan yang jelas tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Bagi saya, keupayaan untuk tapis apa yang masuk dalam hidup kita adalah pelindung terbaik untuk our own peace.
Apakah perkara yang Atillia tidak akan berkompromi (compromise) dalam kehidupan?
Saya takkan sesekali berkompromi dengan perkara yang toksik atau boleh menggadaikan maruah diri demi populariti kilat. Bagi saya, views dan followers boleh naik dan turun, tapi integriti diri sebagai seorang creator adalah sesuatu yang kalau sekali kita gadai, kita takkan dapat balik.
Apakah perkara yang Atillia tidak berani lakukan hari ini, tapi suatu hari nanti Atillia fikir akan lakukan?
Buat masa ni saya takut nak solo travel ke negara asing sendirian. Tapi one day, saya nak buat kembara budaya macam Anthony Bourdain. Pergi ke tempat yang raw, borak dengan orang lokal, dan makan kat tepi jalan. Saya nak tengok sejauh mana minda kreatif saya boleh pergi bila keluar daripada budaya sendiri.
Perkara paling berani yang pernah Atillia lakukan setakat ini?
Mencabar diri mendaki ke dalam hutan. Pengalaman tu betul-betul buat saya rasa humbled by God’s creation. Bila berada di tengah rimba, baru saya sedar there is more to life daripada kesibukan dunia digital. Memang perlu keberanian untuk masuk ke tempat asing, tapi ketenangan yang saya dapat sangat berbaloi.
Perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup Atillia setakat ini?
Bila saya belajar untuk menghargai momen-momen kecil. Saya sedar perkara terbaik dalam hidup bukanlah pencapaian yang besar, tapi kebolehan untuk menikmati hidup dengan tenang setiap hari.
Apa yang Atillia bayangkan tentang kehidupan dalam lima tahun akan datang?
Ada kejayaan besar atau tidak lima tahun akan datang, saya cuma harap akan kekal menjadi diri saya hari ini. Cuma dalam masa yang sama, saya harap saya boleh ambil hidup ni serius sikit, sebab sekarang ni rasa macam dah terlebih sangat main redah je haha!



