Salah satu kelebihan Faeiz Zerr ialah dia mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, biar pun dia menganggap dirinya sebagai ‘people pleaser’, namun saya melihat dia sebagai seorang yang tegas dan tahu apa yang dia mahukan. Di atas pentas, Faeiz sedang rancak membina nama sebagai seorang pengacara atau hos menerusi bermacam jenis acara. Dia punya kebolehan mengacara dalam tiga bahasa- Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin, sekaligus menjadi satu kelebihan bagi anak jati Pulau Pinang ini.
Apakah perkara paling Gen-Z tentang diri kamu?
Stickers spamming.
Tiga perkataan yang mendefinisi karakter diri kamu?
Experimental, bubbly, and zen.
Jika kandungan media sosial kamu adalah estetika fesyen, apakah estetikanya?
Fashion conceptual.
Apa yang mendorong kamu untuk menjadi content creator?
Dorongan dari teman-teman rapat dan hobi yang bertukar menjadi minat yang mendalam.

Apa yang menjadi motivasi kamu untuk terus berkarya secara konsisten di media sosial?
Saya jadikannya sebagai salah satu seni dalam berekspresi.
Bagaimana kamu kekal kreatif?
Emm saya banyak belajar dan mendalami inspo dari content creator sedia ada.
Jka berpeluang berkolaborasi dengan mana-mana content creator terkenal, siapa yang akan kamu pilih dan kenapa?
Saya memilih Amelia Henderson dan juga Abang Mad Nor, kerana kedua-duanya street and book smart.
Apakah cabaran terbesar sebagai content creator hari ini?
Bagi saya originaliti kerana semua mahu jadi ‘somebody’ tetapi terlupa untuk menjadi diri sendiri.
Adakah menjadi seorang yang dikenali di media sosial mengubah personaliti diri kamu?
Tidak sama sekali, I am me. Masih Faeiz yang sama dari dulu.
Bagaimana cara kamu menjaga kesihatan mental?
Bagi Faeiz, saya senang untuk luangkan masa dengan kucing saya atau pergi ke spa.

Bagaimana kamu melindungi your own peace?
Mudah saja, hibernate dan dapatkan tidur secukupnya.
Apakah perkara yang kamu tidak akan berkompromi (compromise) dalam kehidupan?
Saya tidak akan sama sekali berkompromi dengan nilai keluarga dan juga emotional grounding. These two very important to me.
Apakah perkara yang anda tidak berani lakukan hari ini, tapi suatu hari nanti anda fikir akan lakukan?
Oh ini memang my long overdue dream, iaitu memiliki pet shelter sendiri. Ia satu tanggungjawab yang teramat Besar tape itulah.. Insya-Allah suatu Hari anti akan terealisasi. I will make it happen.
Perkara paling berani yang pernah kamu lakukan setakat ini?
Stand up for myself. Sebab nampak macam kecil saja tapi untuk people pleaser seperti saya, untuk dapatkan keberanian mempertahankan diri sendiri dalah suatu pencapaian yang besar.

Perkara terbaik berlaku dalam hidup kamu setakat ini?
Banyak sebenarnya dan salah satunya ialah to be featured in the front cover of EH!.
Apa yang kamu bayangkan tentang kehidupan kamu dalam lima tahun akan datang?
Sejujurnya, I wanna live in the moment. Pada usia 20-an saya banyak terkejar-kejar untuk mencapai sesuatu. Saat ini saya hanya mahu happy, content dan rasa bersyukur dengan segalanya yang saya ada hari ini.
