Qasrina, bukan sahaja seorang content creator, dia juga seorang usahawan yang mengurus dan mengembangkan jenama kecantikannya, Qasmetics. Berbintang Sagitarius, wanita ini menyifatkan dirinya sebagai seorang yang amat menghargai keluarga dan mementingkan ketenangan diri sendiri.
Apakah perkara paling Gen-Z tentang diri kamu?
Saya selalu merancang dan menyimpan banyak video di TikTok tapi selalunya tak menjadi… hahaha.
Tiga perkataan yang mendefinisi karakter diri kamu?
Saya seorang yang unpredictable, outgoing dan genuine.
Jika kandungan media sosial kamu adalah estetika fesyen, apakah estetikanya?
Quiet luxury dengan sentuhan feminin dan malar segar (timeless).

Apa yang mendorong kamu untuk menjadi content creator?
Saya sentiasa percaya creating content dan kandungan yang baik boleh membuat seseorang lebih yakin dengan diri mereka sendiri. Itu yang membuat saya jatuh cinta dengan dunia content creation.
Apa motivasi kamu untuk terus berkarya secara konsisten?
Melihat hasil kerja saya memberi inspirasi kepada orang lain dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka.
Bagaimana Qasrina kekal kreatif?
Saya banyak mencari inspirasi melalui Pinterest mahupun Instagram, bercuti dan juga dengan kehidupan seharian.
Jika berpeluang berkolaborasi dengan mana-mana content creator terkenal, siapa yang akan Qasrina pilih dan kenapa?
Saya teringin berkolaborasi dengan Sofea Shra kerana saya suka bagaimana dia kekal elegan dan autentik dalam setiap kandungannya.

Apakah cabaran terbesar sebagai content creator hari ini?
Untuk kekal konsisten dan tidak terlalu membandingkan diri dengan orang lain.
Adakah menjadi seorang yang dikenali di media sosial mengubah personaliti diri kamu?
Tidak. Saya masih menjadi diri sendiri dan menghargai kehidupan peribadi saya.
Bagaimana cara kamu menjaga kesihatan mental?
Saya memilih untuk buat senaman harian, pergi ke gim dan meluangkan masa bersama keluarga serta orang tersayang.

Bagaimana Qasrina melindungi your own peace?
Dengan tidak memaksa hubungan, menjaga boundaries, dan memilih ketenangan daripada perkara yang tidak lagi selari dengan nilai kehidupan saya.
Apakah perkara yang kamu tidak akan berkompromi dalam kehidupan?
Nilai diri, keluarga dan ketenangan hati.
Apakah perkara yang kamu tidak berani lakukan hari ini tetapi suatu hari nanti ingin lakukan?
Mengembara secara solo ke negara atau destinasi yang saya impikan.
Apakah perkara paling berani yang pernah kamu lakukan?
Memulakan perniagaan dan membina kerjaya sendiri.

Perkara terbaik yang berlaku dalam hidup kamu setakat ini?
Dapat membina jenama sendiri, berkarya setiap hari, dan Insya-Allah akan mendirikan rumahtangga bersama orang yang saya cintai.
Bagaimana Qasrina membayangkan kehidupan dalam lima tahun akan datang?
Saya membayangkan diri saya sebagai seorang isteri dan ibu yang bahagia, sambil terus mengembangkan perniagaan dan berkarya dengan cara yang lebih bermakna, and to always do what I love.
