Zurnadia merupakan seorang yang ceria, mudah didekati dan sentiasa membawa aura positif dalam setiap perkara yang dilakukan. Berasal dari Ipoh, Perak, gadis berbintang Taurus ini aktif sebagai model dengan personaliti yang cukup tersendiri. Antara kekuatan utamanya ialah kandungan GRWM yang menjadi identitinya, bukan sahaja kerana gaya yang ditampilkan, tetapi juga cara dia bercerita yang santai, menghiburkan dan seronok didengari. Dengan bakat semula jadi dan karakter yang autentik, Zurnadia berjaya menjadikan setiap kandungan terasa lebih dekat dengan audiens.
Apakah perkara paling Gen-Z tentang diri Nadia?
Saya memang peminat tegar guna meme, dad jokes, stiker yang overdramatic, dan slang words macam brat (bad) dan clocked it.
Tiga perkataan yang mendefinisi karakter diri Nadia?
Optimistic, fun dan kreatif
Jika kandungan media sosial Nadia adalah estetika fesyen, apakah estetikanya?
Boyish aesthetic atau colourful
Apa yang mendorong Nadia untuk menjadi content creator?
I just follow what my heart wants, ikut passion, dan saya rasa my love language is sharing, itu apa yang mendorong saya menjadi content creator.
Apa yang menjadi motivasi Nadia untuk terus berkarya secara konsisten di media sosial?
Motivation… saya pun tak adalah sentiasa consistent, ada masa semangat, ada masa kurang. Tapi saya selalu treat apa yang saya buat di social media sebagai sebahagian daripada kehidupan harian saya.
Jadi, daripada bergantung pada motivation semata-mata, saya pilih untuk tetap hadir dan terus berkarya.
Bagaimana Nadia kekal kreatif?
Saya kekal kreatif dengan terus menghasilkan sesuatu, bereksperimen dengan idea, menulis random scripts, dan meneroka editorial-style texts.
Jika berpeluang berkolaborasi dengan mana-mana content creator terkenal, siapa yang akan Nadia pilih dan kenapa?
Saya ada impian untuk collab dengan “The Pretty Mamas”. Entah kenapa, saya rasa kalau dapat spend time dan hangout dengan diorang, mungkin ada sesuatu dalam diri saya yang terasa tenang dan terubat.
Dan satu lagi perkara yang saya selalu bayangkan, saya teringin sangat nak stylekan diorang untuk Raya yang akan datang.
Apakah cabaran terbesar sebagai content creator hari ini?
Cabaran terbesar bagi saya adalah untuk terus belajar dan kuasai sebanyak mungkin kemahiran, daripada filming, editing, storytelling sampai directing tanpa terlalu memikirkan berapa banyak pulangan yang akan saya dapat atau bagaimana society melihat segala effort yang saya dah bagi.
Adakah menjadi seorang yang dikenali di media sosial mengubah personaliti diri Nadia?
Ya.. tapi dalam masa yang sama, ia juga mengajar saya untuk mengubah perspektif ke arah yang lebih baik dan mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.
Bagaimana cara Nadia menjaga kesihatan mental?
Keluar dari rumah seperti pergi jog, tengok keadaan luar, dan luangkan masa makan atau berjumpa dengan kawan-kawan. Saya rasa terlalu lama bersendirian dalam tekanan memang sangat memenatkan. Jadi untuk saya, reconnect dengan dunia di luar dan orang sekeliling banyak membantu untuk reset diri.
Bagaimana Nadia melindungi your own peace?
Bagi saya, menjaga own peace memang sangat penting. Saya cuba untuk tidak terlalu melayan drama atau perkara yang boleh mengganggu ketenangan diri. Kadang-kadang, saya rasa diam dan memilih untuk tidak react adalah cara terbaik untuk menjaga tenaga dan emosi sendiri.
Apakah perkara yang Nadia tidak akan berkompromi (compromise) dalam kehidupan?
Nilai diri dan integriti. Saya percaya peluang akan sentiasa datang dan pergi, tetapi cara kita melayan orang dan prinsip yang kita pegang akan sentiasa kekal.
Apakah perkara yang Nadia tidak berani lakukan hari ini, tapi suatu hari nanti Nadia fikir akan lakukan?
Berlakon. Sejak zaman belajar dan sepanjang kerjaya sebagai content creator, saya selalu terlibat dalam mengarah dan menerbitkan content. Saya suka proses menukar idea kreatif menjadi sesuatu yang nyata, terutamanya cerita yang bersifat personal, intim dan sinematik.
Buat masa ini saya lebih banyak berada di belakang kamera, tetapi suatu hari nanti saya ingin mencabar diri untuk berada di hadapan kamera pula.
Apakah perkara paling berani Nadia lakukan setakat ini?
Meninggalkan zon selesa dan mula berkongsi diri saya di media sosial. Sebagai seorang yang agak introvert, itu antara keputusan paling menakutkan tetapi juga paling bermakna dalam hidup saya.
Perkara terbaik berlaku dalam hidup Nadia setakat ini?
Dapat melihat sejauh mana versi muda diri saya pernah impikan hidup ini. Saya masih ada banyak impian, tetapi saya bersyukur kerana sudah berani memulakan langkah pertama.
Contohnya sekarang, saya berada di EH! Betul lah orang kata, sometimes Delulu is good.
Apa yang Nadia bayangkan tentang kehidupan Nadia dalam lima tahun akan datang?
Saya harap saya masih melakukan apa yang saya suka, terus berkarya, mencuba bidang baharu seperti lakonan, production, dan menggunakan platform yang saya ada untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda, terutamanya gadis-gadis yang datang daripada latar belakang sederhana seperti saya.




