Penyanyi dan pengubah lagu yang berusia 23 tahun, Aisha Retno kini kembali memukau para peminat dengan karya terbarunya ‘Ternoktah’, yang sarat dengan emosi dan makna yang mendalam. Perjuangannya sebagai anak seni sejak lima tahun lalu kini mula menjadi perhatian penggemar muzik serantau khususnya di Indonesia bila mana single ‘W.h.u.t’ mencatat rekod streaming yang tinggi.
Bila dan di mana Aisha Retno paling gembira?
Apabila saya bersama keluarga dan apabila saya mendengar muzik.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Bermain instrumen yang lain seperti biola dan saya juga ingin mahir memasak.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya ingin mengubah sikap kelam kabut dan mengurangkan sikap yang sentiasa mahu menjaga hati orang lain. Sikap meletakkan keutamaan kepada diri sendiri dalah hal yang paling penting dalam kehidupan.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Menghadapi kegagalan dengan hati yang terbuka dan tanpa dihinggapi rasa sesal. Sebaliknya saya akan bekerja lebih keras dan belajar daripada kesilapan itu.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Saya akan sibukkan diri dengan aktiviti muzik dan bermain dengan kucing saya!
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Mempunyai sokongan yang kuat daripada keluarga, teman-teman dan peminat.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
Saya terlibat dengan pementasan teater pada umur lima tahun dan ia adalah memori yang paling manis dan amazing.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
Don’t force things, let things go with the flow.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan dan meluangkan masa bersama pasangan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Meluangkan masa bersama mereka dan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Bagi saya, masyarakat kita kurang sifat disiplin dalam mengekalkan kebersihan di sekeliling kita.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Saya ingin diingati sebagai anak seni yang mempunyai bakat seni yang diskografi dan kebaikan kepada orang ramai.