Bella Dowanna Halim mula mengenali apa itu “3,2,1 Action” sejak zaman kanak-kanak lagi. Set penggambaran bukanlah sesuatu yang asing bila mana dia sudah membintangi drama dan iklan komersil sejak usianya masih satu angka. Menginjak remaja, drama seperti ‘Budak Tebing’ berjaya menonjolkan lagi potensinya sebagai aktres pelapis industri di masa depan.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Bersama orang tersayang dan bermain dengan kucing.
Apakah bakat lain yang Bella ingin miliki?
Mungkin, menyanyi? Hahaha
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Saya mungkin ingin mengubah bentuk badan dan masalah kulit saya yang sensitif.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Menghadapinya dengan sikap terbuka dan belajar dari kesilapan.
Bagaimana Bella mengurus stres?
Makan dan menangis.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Memiliki kewangan yang stabil, tidak mempunyai masalah dan dikelilingi orang tersayang.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Bella ingat?
Tak banyak, mungkin tragedi hidung berdarah hari-hari.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
‘Lapar do’.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Berada disisi mereka, mendengar daripada menilai.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Masyarakat kita suka mengkritik badan seseorang, terlalu mendesak untuk mengikuti piawaian kecantikan Malaysia. Kedua, masalah poligami atau rumah tangga yang kian merundum dan mendapat perhatian di media sosial.
Jika sudah tiada nanti, apa yang Bella mahu orang ingat tentang Bella?
Kebaikan saya.