Bagi sesetengah orang Daniel Fong mungkin masih baharu, namun sebenarnya dia sudah beberapa tahun aktif dalam dunia nyanyian dan lakonan. Hanya sejak kebelakangan ini namanya makin dikenali impak dari siri-siri yang dibintanginya. “Bintang’ dan ‘Hijrah Jannah’ antara yang membuatkan wajah ini makin bersinar. Tidak hanya berpotensi dalam seni lakon dia juga sebenarnya punya potensi besar sebagai seorang penyanyi. “Bintang’ dan ‘Hijrah Jannah’ antara yang membuatkan wajah ini makin bersinar.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Apabila saya bersama orang yang saya sayangi dan meluangkan masa bersama mereka.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Saya teringin untuk belajar bermain instrumen muzik saxophone.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Untuk tidak terlalu cepat mengalah akan sesuatu.
Bagaimana Daniel berhadapan dengan kegagalan?
Saya akan menganggap ia adalah rancangan yang telah diaturkan oleh Tuhan, dan saya akan cuba perbaiki diri di masa hadapan.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Saya akan meluangkan masa di gim dan juga mencuri masa untuk bertemu rakan-rakan.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Memberi dan menyediakan sesuatu untuk orang tersayang.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Daniel ingati?
Dahulu saya aktif bermain kad pokemon.
Apakah perkataan atau ayat yang kerap kamu sebut dalam sehari?
A hundred percent.
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kesetiaan, bersikap terbuka dan tidak pernah give up dengan perhubungan walaupun ada cabarannya.
Bagaimana Daniel menunjukkan simpati pada orang yang Daniel rapat?
Saya akan memberi masa saya dan sentiasa mendengar dan menasihati mereka berdasarkan pendapat saya.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Masalah obesiti dalam kalangan masyarakat kita.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang Daniel?
Bahawa saya tidak pernah gagal untuk berada di sisi orang yang saya sayangi dan membuat semua orang tersenyum.
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin, Penyelaras: Farah Ain & Eqa Zulkifli, Fotografi: Edmund Lee (One3Four Studio), Videografi: Jackie Mah, Simon, Zakwan & Syafiq, Grooming: KF Bong, Dandanan: Yusof Ruzaimi (menggunakan Schwarzkopf Professional), Pakaian: LEE
BACA: #EHTOP20 Sharul Aimy