Qasrina Karim, gadis yang berasal dari Subang Jaya ini bermula sebagai model. Wajahnya sering menjadi pilihan pelbagai jenama modest dan hijab suatu ketika dahulu. Sekitar tahun 2021, Qasrina mula memberanikan diri memulakan karier sebagai pelakon. Wataknya sebagau Puteri Qaseh di dalam siri kanak-kanak ‘Legenda Puteri Qaseh’ berjaya menonjolkan aksinya sebagai pelakon. Siri ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ dan ‘My Famous Ex-boyfriend’ berjaya meletakkannya antara pelapis baharu yang punya potensi besar dalam dunia hiburan.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
Tujuh! Saya rasa semuanya tersusun, tidak sempurna tetapi terasa cukup.
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Hmm… bukanlah satu peristiwa tapi lebih kepada orang di sekeliling saya yang tidak pernah berhenti memberi sokongan walaupun hidup saya tidak seindah di dalam kamera.
Siapa inspirasi sewaktu membesar?
Mama saya, kerana dia adalah lambang kekuatan yang tenang.
Siapakah individu di dalam industri yang memberi inspirasi?
Mereka yang kekal jujur dengan diri sendiri walaupun dunia ini penuh tekanan dan ‘noise’.
Bagaimana kamu kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Dengan memerhati orang dan kehidupan sekeliling, dari situ saya terinspirasi dan terus bersemangat untuk berkarya.
Cara kamu merehatkan diri?
Saya suka mengembara ke tempat yang lebih sunyi, jauh dari bandar dan rutin harian. Persikataran baru beri saya suang untuk ‘reset’.
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Menerima watak yang menakutkan saya, bukan dari segi aksi tetapi kerana emosi.
Pernahkah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Pernah! Saya sering disuruh untuk mengubah penampilan untuk tidak tiru sesiapa. Tapi saya hanya menjadi diri saya sendiri, yang lama kelamaan orang akan nampak versi sebenar saya.

Apakah erti kejayaan bagi kamu?
‘Contenment’. Untuk rasa cukup, cukup dengan siapa saya, dan di mana saya berada sekarang.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Saya belajar untuk ‘let go’. Tak semua benda boleh dikawal dan kadang-kadang bila redha, it falls into place. Let go, let God.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Dulu saya terlalu fokus untuk kesempurnaan, tapi sekarang saya lebih mementingkan kejujuran dalm setiap hasil kerja.
Apakah isu semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Kemanusian terutamanya apabila melihat apa yang berlaku di p#l3st!n3 ia buat saya rasa sedar betapa pentingnya untuk ebrsyukur, empati dan suara. Walaupun kecil setiap suara membawa kesedaran.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Kami lebih terbuka bercakap tentang emosi, perasaan dan cabaran.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Orang fikir tentang glamor tetapi bidang ini memerlukan emosi, disiplin dan banyak ketahanan diri.
Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada orang yang merasakan suara mereka tidak dianggap penting?
Percayalah, akan ada yang mendengar, kejujuran itu kekuatan.
Apakah plan kerjaya kamu dalam masa terdekat?
Ada beberapa perkara yang sedang dirancang, bila tiba masanya akan dikongsikan. Jika yang tidak berkaitan dengan kerja, saya mahu menjaga emosi, spiritual dan punya lebih banyak masa dengan orang tersayang.
