‘One in a Million’, ‘Melodi’, ‘Anugerah Juara Lagu’, dan yang terkini ‘Innovathon’ antara program televisyen yang meletakkan Awal Ashaari sebagai antara figura yang punya kredibiliti sebagai seorang pengacara yang berkaliber. Bermula dengan siri hiburan ‘Beat TV’ di Astro Ria, karier Awal sebagai pengacara berkembang mekar selain aktif juga sebagai pelakon di awal penglibatannya di dalam bidang seni. Rancangan bual bicara, hiburan mahupun program secara langsung, Awal membuktikan resumenya sebagai pengacara tercatat cantik dan kemas. Petah menyusun bicara, ayah kepada dua cahaya mata perempuan Lara dan Lila ini juga bijak menjaga penampilan, sentiasa rapi dan fashionable.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Satu perkara yang saya suka tentang diri saya ialah saya tidak mudah berpuas hati. Amat sukar untuk “impress” saya kerana expectation saya sangat tinggi. Ia bagus kerana membuatkan saya sentiasa strive to be better, get better and give better.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Tua adalah satu label dan Awal sebolehnya elak untuk labelkan saya tua sebelum betul-betul sampai waktunya. Tiada universal guideline untuk seseorang tampil mengikut skala umur, sebaliknya Awal sering merasakan yang Awal dalam fasa memperbaiki diri untuk menjadi versi yang lebih baik. Lebih matang, lebih menjaga ketrampilan dan lebih bersifat terbuka dalam apa sahaja situasi. Take things easy dan saya cuba untuk tidak serabutkan fikiran dengan masalah. Tekanan akan buat kita lebih cepat tua.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Boleh ke kalau saya nak kata, saya nak kerap buat anak… hahaha! Saat memiliki anak pertama, kita terlalu fokus untuk membesarkannya dan bila masuk anak kedua, saya baru tersedar bahawa the time is near! Sikit lagi dah patut bersara!
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Rutin yang boleh membuatkan hari saya best atau punah bermula dari bilik tidur. Siapa sangka isteri saya merupakan faktor terbesar dalam nak mencipta “mood” saya sepanjang hari! Kalau bangun pagi, we have a good morning kiss or hugs, berbual dan memulakan pagi kami sebaiknya, hari tersebut akan menjadi hari yang bagus atau menyeronokan untuk saya. Tapi, seandainya salah seorang dari kami bangun dengan perasaan sebaliknya, habis punah mood saya seharian… haha!
Jika diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya mahu berpatah semula pada waktu membesarkan anak pertama, Lara. Ada banyak benda yang sepatutnya dan tidak sepatutnya saya lakukan. Ada momen-momen yang saya fikir saya boleh buat lebih lagi, ada hal yang boleh saya elakkan dan ada juga yang tidak membanggakan. Saya baru bergelar bapa pada waktu itu dan tiada manual atau panduan membesarkan anak, tapi apa-apa pun saya bangga melihat Lara hari ini dan saya terlalu sayangkan dia.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Saya akan katakan yang masa tidak akan menunggu saya, stop procrastinating and do it now, or never! Kita rasa kita ada banyak masa ketika kita berusia 20-an, pejam celik tiba-tiba sudah 43 tahun.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Saya akan dengan gembiranya mengisi masa saya dengan membelanjakan duit yang saya dapat tanpa perlu bekerja itu.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Saya inginkan kebolehan dapat membaca fikiran manusia kerana cuba memahami manusia adalah perkara yang paling kompleks!
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Happy life bagi saya ialah apabila kita tidak perlu menjawab apa-apa tentang pilihan dalam hidup dan semestinya bila kita bebas hutang, itu semestinya sesuatu yang paling menggembirakan.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Usia 25 tahun merupakan usia yang crucial dalam hidup saya dimana transisi dari bekerja di pejabat (agensi pengiklanan) ke dunia peragaan secara sambilan, membaca berita dan sedikit usaha untuk menjadi penyanyi.
Satu keputusan yang besar dan tidak pasti, memandangkan masa depan dalam bidang seni tidak menentu, tapi saya nekad memburu cita cita menjadi seorang selebriti. Alhamdulillah, rezeki datang bergolek, saya menang FCUK model search, ditawarkan menjadi hos Beat TV di Astro, ditawar berlakon siri Impak Maksima dan filem pertama saya, Syurga Cinta.
Ucapan istimewa sempena ulang tahun EH! ke-25.
EH! holds a very special place in my heart, dan kemunculan pertama saya di dalam majalah ada bersama EH!. Looking back, saya bersyukur dengan pengalaman dan kesempatan yang diberikan ketika itu dan fast forward 20 tahun kemudian, saya masih berkesempatan beraksi untuk EH! Lebih-lebih lagi untuk edisi istimewa ini. Semoga terus berjaya untuk 25 tahun lagi dan terima kasih atas segala inspirasi. I love you EH!