Cik Manggis salah seorang anggota De Fam, bermula dengan hit ‘Supergirls’ pada tahun 2015, dan tahun ini tular dengan lagu Raya, ‘Alamak’ yang hingga kini sudah mencatat lebih 40 juta tontonan di YouTube. De Fam pernah menerima pencalonan dalam dua kategori Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) menerusi Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu. Hari ini selain rancak mbernyanyi dan menari bersama De Fam, Manggis juga dikenali sebagai content creator. Bukan sekadar kandungan biasa-biasa, Manggis juga dikenali sebagai ‘Queen of Transition’, bila mana videonya sering saja menampilkan transisi yang cukup mengagumkan.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Saya suka fakta bahawa saya dibesarkan oleh seorang bapa tunggal yang mengajar saya untuk menjadi berani dan berdikari. Manggis pegang kata-kata bapa: ‘Whatever is worth doing is worth doing well.’ Jadi, apabila saya melakukan sesuatu, saya akan buat sehabis baik dan pastikan ia selesai. Selain tu, saya juga suka memuji diri sendiri, terutamanya apabila saya katakan ia kepada semua orang bahawa saya, CANTIK!
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Saya tak ‘rasa’, tapi saya percaya yang saya masih muda. Hahaha. So far, tahap kesihatan dan tenaga saya masih sama seperti dulu. Saya masih melakukan aktiviti lasak, sukan dan masih bergerak aktif. Selain itu, saya sangat menitik beratkan penjagaan kulit. Setiap orang yang bertanya tentang umur saya, mereka pasti terkejut dan tak percaya dengan umur sebenar saya. “You don’t look your age; you look younger.” kata mereka lah.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Rehat dan luangkan masa bersama keluarga. Sebab tahun ini saya sangat sibuk dengan kerja, kurang masa bersama keluarga. Tapi syukur kerana tahun ini merupakan tahun yang baik untuk saya dan De Fam.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Bersukan! Saya bersukan sejak kecil. Kini, saya minat dengan bola sepak, surfskate, badminton dan pickleball. Sukan membuatkan saya berasa sangat baik dan sihat!
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Ini adalah soalan yang paling sukar, kerana saya selalu percaya bahawa segala yang berlaku dalam hidup kita membentuk diri kita dan menjadikan kita siapa kita sekarang, dan ia adalah yang terbaik untuk kita.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Listen to your father!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Saya nak melancong dengan lebih kerap.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Time travel, supaya saya dapat bertemu dengan orang-orang yang tidak lagi ada di dunia ini. Saya ingin bertemu dengan ibu bapa mentua saya dan Tok serta menghabiskan masa bersama mereka.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu?
‘Happy life’ adalah apabila kita berasa ‘cukup’ dalam apa jua keadaan. Dan sudah tentu, apabila kita dapat menghabiskan masa bersama orang-orang di sekeliling kita!
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika befusia 25 tahun?
Ini adalah usia ketika saya berkahwin—usia ketika saya menjadi lebih bijaksana, kerana banyak dugaan dan ujian hidup yang saya lalui pada tahun tersebut. Segala yang berlaku, sedikit demi sedikit, telah mengubah perspektif saya dalam melihat ‘kehidupan’.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
To EH! Happiest 25th birthday! Thank you for supporting the industry in the very best way possible. Saya selalu mengagumi orang-orang di belakang EH! Terus menyinari dan menginspirasi kami dengan visi kreatif anda. I Love you guys so much!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: Sahir Sabri (menggunakan Sephora Collection) | Penata Gaya Hijab: Farhanah Fauzy |
Baca : #EHTOP25 Amelia Henderson