Daiyan Trisha, nama yang tidak perlu sebarang pengenalan. Portfolionya di dalam bidang seni agak menyeluruh, dia tidak membataskan dirinya dalam bidang nyanyian dan lakonan semata, malah dia juga mahir menulis lagunya sendiri. Dia juga pernah menjadi hos rancangan TV, terkini dia sudah mula membuka langkah masuk ke dunia pengharahan (video muzik ‘Lovelorn’ diarah bersama Jasmine, seorang lagi pengarah yang saya kira cukup berkaliber). Tidak terhad dengan itu saja, tahun lalu Daiyan mencipta rekod peribadi apabila buku sulungnya, sebuah buku puisi dijudulkan ‘Tulisan’ menjadi antara buku terlaris. Ketika ini fokus Daiyan lebih ke arah mempromosi album keduanya (juga berjudul ‘Lovelorn’), dibarisi 11 trak, Daiyan baru sahaja melancar single kedua, ‘Pergilah’. Dari sudut fesyen dan kecantikan, tak terbilang dengan jari untuk menyebut barisan jenama yang memilih wanita ini untuk sebarang kolaborasi. Mengenali dirinya secara dekat, kami tahu dia seorang wanita yang penuh visi dalam melorongkan diri ke arah satu impian dan cita-cita yang tinggi.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
My heart, artistry and spirit.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Kedua-duanya. Saya rasa lebih tua mungkin kerana saya sudah berdikari dengan sangat lama, baik sebagai individu mahupun sebagai seorang artis. Jadi cara saya berfikir mungkin lebih meluas dan ke depan. Dalam masa yang sama juga saya rasa lebih muda juga kerana personaliti saya yang playful dan positif. Saya suka menyakat dan senang bergurau dengan orang yang rapat.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Muzik. Lebih banyak bermuzik dan membuat persembahan.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Tidur dan rehat secukupnya. Senaman atau riadah di waktu pagi dan juga comfort food.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Nothing. Setiap hal berlaku ada sebabnya, tidak kira ia sama ada ia sesuatu yang melukakan atau menyakitkan, mahupun sebaliknya. Saya sangat bersyukur dengan segalanya.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
I am so proud of the woman you are going to become. Keep going and stay true to yourself always.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Mengembara atau bercuti.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Bercakap dalam apa sahaja bahasa yang saya mahu.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
To live a happy life is to live an honest life. Bersikap jujur dengan diri sendiri tentang apa yang kita suka dan tidak suka.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Baru beli rumah pertama. Single and settling into adulthood. Masih sangat teruja dengan kerjaya dan kehidupan, dan sangat terbuka untuk mempelajari pelbagai benda. What an amazing age to live!
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Happy 25th birthday to EH! Teruskan mewarnai industri, we are thankful for your existence. Love you EH!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Solekan: Kevin Lee (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Ckay Liow
BACA: #EHTOP25 Azira Shafinaz