Penyanyi bervokal husky ini telah membina kerjaya gemilang dalam industri muzik sejak kemunculannya pada tahun 1999, Dayang Nurfaizah terkenal dengan vokal yang powerful, berkarisma dan penuh emosi, melalui “Seandainya Masih Ada Cinta” dan “Di Pintu Syurga,”. Dia mencipta impak yang berpanjangan dalam dunia hiburan. Album ‘Janji’ yang mula dipasarkan bulan ini diramal mendapat sambutan sementelah single pertama ‘Lemah’ mendapat reaksi luar biasa dari penggemarnya.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Dayang bertuah kerana dapat lakukan kerja yang diminati. Tak semua orang dapat lakukan kerja yang mereka minati. Jadi Dayang guna sebaik mungkin bakat yang ada dan Dayang seronok lakukan kerja ini kerana ia membahagiakan Dayang.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Perasaan itu, rasa lebih muda, hahaha. Semakin lama dalam industri, semakin banyak kita tahu cara mengendali masalah. Selalu berfikiran positif, bukan dari segi penampilan sahaja, namun jiwa juga perlu muda.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Percutian, my time and masa dengan keluarga. Saya jarang dapat kesemua ini kerana masa tidak mengizinkan dan komitmen kerja yang sibuk.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Solekan. Dayang suka solek wajah. Walaupun hanya pergi ke pasar atau sound check muzik di studio, Dayang akan solek dan bersiap lawa. Kat rumah pun, Dayang akan guna liptint dan celak mata. Bersolek buat saya gembira.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Dayang ingin kembali pada masa muda remaja dahulu. Mengenali dan membuat kenalan rapat. Dayang mula menyanyi pada umur 18 tahun, jadi Dayang terlepas momen berkawan. Apabila melihat mereka kini sudah bekerluarga, Dayang terlepas momen kawan tetapi teruja untuk mereka. Dayang lost contact kawan sekolah tapi tak mengapa, masing-masing ada hidup sendiri, harapnya satu hari nanti dapat berjumpa kembali.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Be yourself, be confident. Jangan takut dan jangan malu.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Membeli-belah dan bercuti.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Teleport! Dayang ingin teleport diri ke tempat lain.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu?
Happy life adalah apabila Dayang dapat gembirakan dan jaga kedua ibu bapa. Tidak semua orang berpeluang menjaga kedua ibu bapa dan ini adalah rezki Dayang untuk berbakti kepada mereka. Insya-Allah, bila kedua ibu bapa gembira, Dayang pun turut gembira.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika befusia 25 tahun?
Ketika berusia 25 tahun, Dayang sedang sibuk menjelajah seluruh Malaysia selepas mengeluarkan album.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
25 tahun EH! merupakan 25 tahun Dayang dalam industri! Dayang doakan Dayang dan juga EH!, sama-sama berjaya di masa hadapan dan do more things together.