Dini Schatzmann , tidak menyangka dia akan berkecimpung dalam dunia seni, kerana jika dilihat latar pendidikannya, dia berkelulusan dalam bidang kejuruteraan. Dia melangkah ke dunia lakonan dengan sifar pengalaman. Bermula dengan sekadar watak pembantu bagi drama ‘Cik Reen & Encik Ngok Ngek’, Dini mengasah bakatnya dengan kesungguhan sampailah dia mendapat kepercayaan produser dan pengarah untuk membintangi filem sulungnya ‘Malbatt: Misi Bakara’. Bulan lalu, Dini bersama isteri tercinta, Janna Nick terbang ke London untuk kursus pendek dalam pembikinan filem. Usahanya ke sana seakan menunaikan janjinya yang mahu menerokai lebih dalam atmosfera pembikinan filem. Menurut Dini, dia amat sukakan teknik-teknik sinematografi di dalam filem. Ikuti temubual singkat bersama jejaka berusia 30 tahun ini yang satu ketika dulu pernah diundi peminat untuk memenangi anugerah Artis Baharu Meletop.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Isteri saya.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar? Huraikan sedikit?
Dari segi mental, saya berasa lebih muda namun dari segi fizikal, saya berumur 30 tahun dan dari segi emosi, saya berasa muda—ia seperti fasa bulan madu.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Saya ingin melancong.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Setiap pagi, saya akan buat matcha latte.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu? What would you do differently?
I believe everything happens for a reason and I don’t believe in doing things differently.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Jaga kesihatan dengan lebih baik.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Melancong dan menimba pengalaman sebanyak mungkin.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Dapat membaca minda isteri supaya tak salah teleport.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu? How do you pursue it?
Happy wife, happy life. Bersyukur dengan apa yang anda ada dan siapa disekeliling anda.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika befusia 25 tahun?
Ketika berusia 25 tahun, I baru menceburi industri seni Malaysia.
Kongsikan ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
–
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Grooming: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Miedy Daniel
Baca : #EHTOP25 Janna Nick