Siapa sahaja tidak mengenali beliau melalu watak ‘Jaafar’ dalam siri drama televisyen, Kampung People? Berkat populariti dan rating tinggi drama tersebut yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, Hun Haqeem telah menjadi antara figura kegemaran ramai dan bakatnya mula mendapat perhatian umum. Dalam tempoh hanya enam tahun, resume Hun Haqeem sebagai pelakon cukup berwarna-warni berdasarkan naskhah dan projek yang dibintanginya dari drama ringan ke bergenre berat, siri kanak-kanak hingga ke siri aksi. Terkini, jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini baru sahaja dianugerahi trofi Aktor TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Saya percaya diri saya, punyai kemahuan yang kuat dan tinggi.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar? Huraikan sedikit?
Lebih tua atas dasar kerja dan tanggungjawab. Tetapi saya bahagia apabila melihat orang yang saya sayang terutamanya mom, bahagia.
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Mengemas.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Organize my brain sebelum memulakan hari.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Saya tidak akan mengubahnya. Saya percaya setiap tindakan yang kita ambil dalam hidup adalah apa yang membawa kita kepada siapa kita hari ini.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
Be a teenager, be happy.
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatķan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Saya ingin meluangkan masa bersama keluarga, banyakkan self-love, bercuti jika masa mengizinkan dan aktif bersukan seperti MMA atau kickboxing.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Teleportation.
Apakah definisi ‘happy life‘ bagi kamu? How do you pursue it?
Kehidupan dimana saya rasa cukup, bersyukur dan orang sekeliling turut bahagia.
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika befusia 25 tahun?
Saya ketika itu sedang bekerja mengejar cita-cita menjadi pelakon.
Kongsikan ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Terima kasih, EH! You have made the industry a beautiful place where people can get inspired and be inspired. Keep inspiring people. Love you guys!
Konsep & Arahan Seni: Khairul Abidin | Penyelaras: Farah Ain, Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Videografi: Jackie Mah, Simon, Syafiq, Zakwan & Azeem | Grooming: KF Bong (menggunakan Sephora Collection) | Dandanan: Ckay liow |
Baca : #EHTOP25 Mierul Aiman