Bintang ini usianya belum masuk ke angka 30, namun andai dibutirkan satu-persatu, sudah banyak cabang seni diterokainya. Bermula sebagai pelakon, Janna menyahut cabaran sebagai pengacara, penyanyi dan mencabar kemampuan diri sebagai penerbit dan pengarah. ‘Delen’ adalah telemovie pertama yang menawarkan pengalama sulung Janna Nick sebagai pengarah. Jika dilihat pada dunia nyanyian pula, lagu ‘Gatal’ berjaya mempopularkan sisi Janna sebagai penyanyi. Malah video muzik lagu itu mendapat dua trofi, pertamanya di Anugerah Stail EH! dan kemenangan kedua adalah di Anugerah Industri Muzik. Isteri kepada Dini Schatzmann ini juga pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada tahun 2021 dan kini dia sedang sibuk menjadi hos bagi program hiburan Famili Duo di TV3.
Apa yang kamu suka tentang diri kamu?
Self-driven.
Kamu rasa lebih tua atau lebih muda dari usia sebenar?
Tua gila! Saya rasa sudah menghampiri fasa-fasa pencen… hahaha!
Apakah satu perkara yang kamu harap mempunyai peluang melakukannya lebih kerap?
Mengembara dan menikmati makanan tanpa risau menjadi gemuk.
Apakah rutin atau perkara harian yang membuatkan kamu feel good?
Membaca Al-Quran selepas Subuh dan terus melakukan senaman.
Jika kamu diberi peluang kedua untuk mengulangi satu momen dalam hidup, apakah pilihan kamu?
Jangan bergaduh dengan netizen… hahaha.
Jika kamu boleh katakan sesuatu kepada diri kamu sewaktu remaja dulu, apakah ia?
One day you’ll achieve happiness! Keep going!
Jika kamu tidak perlu bekerja untuk mendapatkan duit, bagaimana kamu mengisi masa kamu?
Mengembara mengelilingi dunia.
Jika kamu boleh memilih superpower, apakah yang menjadi pilihan?
Kalau dulu saya memilih invisibile.Dan sekarang saya mahu kuat seperti Superman, apabila usia semakin meningkat saya perlukan lebih kekuatan.
Apakah definisi ‘happy life’ bagi kamu?
Happy menyamai tenang. Bila mana duduk tanpa berbuat apa-apa saya tetap berasa gembira, otak tak serabut. Bagaimana untuk menikmatinya? Bersyukur, zikir dan mengaji. Termasuklah kurangkan masa untuk media sosial… hahaha!
Kongsi sedikit kehidupan kamu ketika berusia 25 tahun?
Sedang berada dalam fasa-fasa angau bercinta dengan suami saya hari ini, Dini Schatzmann.
Ucapan buat EH! sempena ulang tahun ke-25
Semoga terus berjaya dan kekal relevan. I love you guys.